I don't pretend to be perfect; I've made mistake just like everybody else.
When I have, I've owned up to the mistakes and moved forward. - Chris Bell

Friday, April 8

Rawak

SILA BACA DALAM NADA BAKU 

Disebabkan saya baru sahaja habis Minggu Bahasa Melayu, izinkan saya berbicara dalam Melayu baku. Saya masuk Pesta Pantun dan kami yakin akan merangkul Johan sekali lagi seperti tahun lepas tetapi ketua hakim tak suka sekolah King George makanya dia tak mahu kami menang sedangkan sudah terlihat kehebatan pemantun kami. Satu dewan juga beranggapan King George yang selayaknya tetapi apakan daya, Ketua Hakim tak suka kami dan Khilda pun menangis walaupun dia mendapat Pemantun Terbaik. Lihat! Pemantun Terbaik daripada sekolah King George. Pelik bukan? Sesungguhnya saya tidak faham lah dengan orang yang kononnya berlagak sudah matang ini. Anda berbuih mulut mencanang budak remaja tidak matang lah apa lah sedangkan anda lihat tidak apa yang anda lakukan itu? Itu baru lah namanya tidak matang dan kebudak budakan! Ini yang menimbulkan kemarahan saya ni! *mencarut* Oh, tahniah SMAP LABU :)

Sekali lagi, Puteri dapat mengalahkan King George dalam Bahas Ala Parlimen Daerah Seremban 2. Kami dapat Naib Johan sekali lagi setelah lima tahun berturut-turut Johan. Tetapi tidak tahu di mana silapnya kami mendapat Naib Johan dua tahun kebelakangan ini :( Tapi kami tidak kisah pun sebenarnya. Biasalah tu, kalah menang kan? Tetapi yang menimbulkan rasa marah dan jijiknya ialah apabila Puteri menang, cikgu Puteri dengan bongkaknya berkata denagn kuat mengharapkan pembahas King George dengar dan syabas! Beliau berjaya! Pembahas kami mendengar apa yang cikgu katakan. Mahu tahu apa yang dia kata?

"Lame nya sekolah ni. Kata sekolah cluster tapi sediakan microphone pun satu. Dah lah kalah. Dah lah tuan rumah, tapi kalah. Tah apa apa lah budak-budak ni!"

Izinkan saya untuk mencarut. Bodoh lah kau ni! Eh, kau tu cikgu, sedarlah diri. Kau dah menang kan? Apahal kau nk emosi pula? Tolonglah jadi dewasa sikit. Kau tu dah lah pegang title cikgu kot. C I KG U for god's sake! Mana sikap proffesional kau ni? Apa kau nak lagi? Dh elok menang pun tak puas hati lagi. Kalau pembahas Puteri yang cakap mungkin pembahas kami boleh terima kerana biasalah, budak-budakkan? Tapi kalau cikgu yang macam tu? Sumpah aku tak boleh bayang budak budak dia macam mana. Mesti lagi teruk. Memalukan sekolah lah kau ni cikgu -.- *maaf, bahasa saya tidak baku*

Sudahlah. Semoga kau berjaya lah peringkat negeri nanti tapi janganlah bawa perangai tak senonoh tu cikgu oi. Kbye

Nota; Saya ada bagitahu tak yang SMK Seri Ampangan pun sediakan 1 je microphone untuk pemantun? Kalau kau nak mic sorang satu makanya next year kau jadi tuan rumah untuk semua pertandinagn okay? Inilah contoh manusia tak tahu bersyukur :)

2 comments:

Firdaus zailing said...

mana ko dgr cikgu tu cakap cmtu?
kalau betul lah dia cakap cmtu,itu bukan cikgu namanya dan tak layak dipanggil dengan panggilan mulia itu!

Syaqira K said...

Mai call Khilda nangis nangis after bahas. Masa tu kitorang tengah tunggu result pantun. Kesian kan dorang